Doktor Tampan Dari Pakistan Tular di New York

Diterbitkan: Sabtu, 24 Jun 2017 8:44 PM

Munir merupakan seorang doktor dari Pakistan dan juga seorang model iklan komersial.

(Ubah saiz teks)

BAKAL rakan serumah mula tidak keruan apabila melihat ketampanan doktor berusia 26 tahun yang berasal dari Pakistan dan juga seorang model peragaan.

 

Rehan Munir memberitahu Huffington Post bahawa dia berharap untuk membuat praktikal di beberapa buah hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan pengalaman.

 

Model tersebut yang pernah membintangi iklan komersial TV, Hush Puppies Pakistan sedang mencari rumah di New York dalam waktu terdekat.

 

Rakan Munir di Big Apple mencadangkan agar dia membuat iklan di laman Facebook tertutup, Gypsy Housing pada pertengahan bulan iaitu pada 15 Jun.

 

Gypsy Housing merupakan laman untuk orang ramai mencari tempat tinggal dan rakan sebilik di AS.

 

Menerusi posting berkenaan, Munir menulis: “Saya Rehan dan saya sedang mencari bilik sewa yang dilengkapi perabot berhampiran kawasan Upper East Side, Upper West Side atau Midtown Manhattan.”

 

“Saya profesional, mesra dan mudah untuk tinggal bersama. Paling penting, kebersihan adalah keutamaan saya. Tolong hubungi saya jika anda tahu mengenai kekosongan bilik,” tulisnya.

 

Tambah Munir, dia akan mula bekerja di Hospital Mount Sinai Heart dan sedang mencari tempat untuk diduduki pada bajet 800 dollar Amerika (RM3,430).

 

Namun, perkara sebaliknya berlaku. Munir menerima sokongan yang memberansangkan daripada peminatnya.

 

“Anda memang boleh cari bilik pada harga itu! Cuma terpaksa berkongsi dengan beberapa orang, jadi bersedialah. Saya minta maaf jika hal ini tidak manis, tapi awak sangat kacak!, kata Paige Kendrick di Facebook.

 

Manakala, Adina Flyswatter menawarkan tawaran yang tersirat selepas terpesona dengan ketampanan Munir: “Awak boleh tinggal dengan saya dengan percuma.


Tags / Kata Kunci: Rehan Munir

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan