'Makhluk Jelmaan Syaitan' Buat Penduduk Gusar

Diterbitkan: Jumaat, 23 Jun 2017 10:31 AM

JABATAN haiwan akan melaksanakan kajian dan bedah siasat bagi mengesahkan identiti makhluk misteri ini. - MAIL ONLINE

(Ubah saiz teks)

KIRA-KIRA 4,000 penduduk di sebuah perkampungan di Afrika Selatan, hidup dalam ketakutan ekoran kelahiran seekor makhluk ngeri yang dipercayai dihantar oleh syaitan.

Penduduk di Lady Frere dekat wilayah timur mendakwa, makhluk separuh manusia dan separuh haiwan itu yang dilahirkan oleh seekor biri-biri merupakan perbuatan ahli sihir yang memuja syaitan.

Situasi panik di kampung berkenaan menyebabkan Jabatan Pembangunan Luar Bandar Timur Cap menghantar pakar untuk menjalankan kajian selepas gambar makhluk itu tersebar dengan pantas.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan, Dr Lubabalo Mrwebi mengesahkan gambar itu bukan palsu dan pihaknya telah mengkaji bangkai haiwan tersebut yang dilahirkan menyerupai bentuk manusia.

BANGKAI biri-biri menyerupai manusia disiasat oleh pihak berkuasa. - Mail Online

"Bagaimanapun haiwan itu bukan manusia tetapi anak biri-biri yang tidak membentuk dengan baik dan dijangkiti virus ketika dalam kandungan," katanya.

Pihak jabatan haiwan akan menjalani kajian lanjut dan keputusan bedah siasat bangkai bintang itu akan dimaklumkan kepada umum bagi meredakan kebimbangan penduduk setempat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, makhluk berkenaan dihantar oleh syaitan dan dilahirkan dengan bentuk separuh manusia serta separuh biri-biri.

"Ramai penduduk bimbang dan tidak gembira selagi bangkai itu tidak dibakar," katanya. - MAIL ONLINE


Tags / Kata Kunci: Biri-biri

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan