Beruang Masuk Van Cari Makanan

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 6:40 PM

Aksi bersahaja seekor beruang dirakam ketika cuba 'memecah masuk' ke dalam sebuah van di British Columbia, Kanada. - Mirror

(Ubah saiz teks)

SEEKOR beruang hitam dirakam 'memecah masuk' ke dalam sebuah van dengan cara yang paling mudah, hanya dengan membuka pintu menggunakan kaki dan melompat masuk ke dalamnya.

Sebelum itu, haiwan yang bijak itu dilihat berkeliaran di kawasan pokok yang berhampiran dengan van tersebut.

Ketika kejadian, beruang itu masuk ke tempat duduk pemandu dan mencari-cari makanan.

Rakaman berkenaan diambil di kawasan Whistler di British Columbia, Kanada oleh Matt Patterson, pengendali perkhidmatan kereta di kawasan terbabit.

Katanya: "Ada tiga van milik kami di kawasan tersebut tetapi kami semua berehat di dalam van yang dipandu oleh saya.

Ketika mereka sedang berborak, Matt tersedar ada seorang lelaki menunjukkan sesuatu di belakang mereka.

Dia dengan spontan merakamkan kejadian yang mencuit hati itu.

"Beruang itu macam sudah biasa buat perkara ini. Nampak macam mudah sahaja dan saya sangat terkejut.

"Beruang itu duduk di tempat duduk pemandu agak lama juga, lebih kurang 12 minit. Beruang berkenaan turut ke bahagian belakang kereta untuk mencari makanan," ujarnya kepada Mirror.

Tags / Kata Kunci: beruang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan