Kanak-Kanak Berkepala Besar Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

AGARTALA: Seorang kanak-kanak India yang menjadi perhatian dunia kerana menghidapi penyakit yang menyebabkan kepalanya membengkak dan membesar hingga dua kali ukuran kepala biasa, disahkan memninggal dunia hanya beberapa hari sebelum menjalani pembedahan.

Keluarga kanak-kanak terbabit, Roona Begum, berkata, dia telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu di rumahnya di sebuah perkampungan India selepas mengadu sukar untuk bernafas.

“Dia kelihatan sihat sahaja. Tetapi pada hari itu dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas dan saya bergegas menghubungi suami, menyuruhnya pulang ke rumah,” kata ibu Roona, Fatima Begum.

“Dia bergegas pulang dan memberinya minum, tetapi dia telah mati sebelum kami sempat membawanya ke hospital,” katanya kepada AFP.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dilahirkan dengan penyakit hidrosefalus, penyakit yang menyebabkan cecair serebrospina memenuhi dalam otak.

Gambar-gambar yang telah diambil oleh jurukamera AFP di Tripura, telah mendorong hospital New Delhi untuk merawatnya secara percuma pada 2013.

Keadaannya telah menyebabkan kepalanya membengkak hingga 94 sentimeter, memberi tekanan pada otaknya dan mengakibatkan ianya mustahil untuk duduk tegak.

Selepas menjalani beberapa pembedahan di Hospital Fortis, kepalanya mengecut ke 58 sentimeter.

Tags / Kata Kunci: Roona Begum

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan