Suspek Rempuhan Jemaah Terawih Lahir Di Singapura - Laporan

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 10:32 AM

SUSPEK rempuhan jemaah terawih dikenali sebagai Darren Osborne. - Facebook

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemandu van yang merempuh jemaah terawih berdekatan  sebuah masjid di sini pada awal pagi Isnin, sehingga menyebabkan 10 mangsa cedera dengan dua daripadanya parah, dikenalpasti sebagai lelaki kelahiran Singapura yang merupakan ayah kepada empat orang anak, menurut laporan media tempatan.

Akhbar Britain, The Guardian dan Daily Mirror mengenal pasti suspek sebagai Darren Osborne, 47, tinggal bersama pasangannya dan empat orang anak di Cardiff, Wales.

Stesen rangkaian berita BBC turut melaporkan Osborne ialah pemandu van tersebut..

Bagaimanapun pihak polis masih belum mendedahkan nama sebenar suspek yang  ditangkap di tempat kejadian oleh penduduk tempatan.

Suspek ditahan kerana cubaan membunuh yang kemudiannya diklasifikasikan sebagai serangan keganasan, termasuk pembunuhan dan cubaan membunuh.

Seorang saksi kejadian mendakwa, suspek mahu membunuh ramai jemaah masjid selepas ditangkap oleh orang ramai.

Osborne membesar di Weston-super-Mare, Utara Somerset, tetapi orang awam mendedahkan dia dilahirkan di Singapura pada 1969, lapor The Guardian dan Daily Mirror.

Ibu suspek, Christine Osborne, 72, memberitahu The Guardian, “Saya minta maaf, saya tidak akan bercakap dengan wartawan. Dia anak saya, jika itu maklumat yang dimahukan. Tanyalah Sarah, ibu kepada anak-anaknya.”

Dalam kejadian terbabit, sebuah kenderaan merempuh beberapa warga Afrika pada lewat malam selepas mereka menunaikan solat terawih di Rumah Kebajikan dan berdekatan Masjid Finsbury Park di utara London, antara masjid terbesar di Britain.

Menurut Perdana Menteri Theresa May, ianya kejadian yang kejam dan merupakan serangan terorisme. 

Seorang lelaki, yang pada awalnya telah menghadapi serangan jantung, mati di tempat kejadian tetapi kematiannya masih tidak dipastikan sama ada berkaitan dengan serangan van itu.

“Pagi ini, negara kita digemparkan dengan serangan keganasa kedua ke atas orang awam di pusat bandar dan serangan ini kejam seperti serangan sebelumnya,” May memberitahu wartawan di luar pejabatnya di Downing Street.

“Ini adalah serangan ke atas jemaah berdekatan dengan tempat ibadah mereka,” ujar May sebelum melawat masjid tersebut.

Ini adalah serangan keempat sejak Mac di Britain dan yang ketiga melibatkan kenderaan yang merempuh pejalan kaki. - The Straits Times/Asia News Networt

Tags / Kata Kunci: Rempuhan Van

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan