Rusia Ancam Tembak Jatuh Jet Tempur AS

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 11:40 AM

GAMBAR fail bertarikh 15 Mac 2016 menunjukkan kekuatan tentara Rusia di pangkalan tentera udara Hemimeem di Sryia. - AP

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Rusia mengancam untuk 'melayan' pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) sebagai sasaran di kebanyakan kawasan di Syria.

Perang saudara di negara Asia Barat itu sudah memasuki tahun ketujuh dan semakin menggugat kestabilan serantau.

Malah tindakan AS menembak jatuh pesawat tentera Syria pada Isnin, memburukkan lagi keadaan apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin mahu menjadikan jet pejuang tentera bersekutu sebagai sasaran.

Tentera bersekutu yang diketuai AS, menyokong kumpulan penentang untuk memerangi rejim Presiden Bashar al-Assad manakala Moscow pula menyokong kerajaan Syria.

AS menembak jatuh pesawat tentera Syria kerana mendakwa ia menggugurkan bom di kawasan sekutu Washington.

Kini Moscow menerusi Kementerian Pertahanannya berkata, mana-mana pesawat tentera bersekutu yang melintasi Sungai Euphrates akan ditembak jatuh.

Negara jiran Syria seperti Jordan menyertai tentera pakatan AS dan negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.

Kini mereka berada di bawah ancaman tentera udara Rusia.

Kremlin juga meminta AS memberi penjelasan penuh berhubung insiden menembak jatuh pesawat SU-22.

Tiada sebarang maklum balas diberikan oleh Pentagon atas permintaan Moscow itu.

Tags / Kata Kunci: Rusia , Amerika Syarikat , Syria

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan