Ibu Bunuh Anak Sendiri Kerana HIV

Diterbitkan: Selasa, 20 Jun 2017 11:14 AM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Mahkamah Agung Utara Jakarta pada Isnin menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas wanita yang menghidap virus maut HIV  kerana kesalahan membunuh bayinya yang baru dilahirkan.

Wanita itu, yang dikenali sebagai LM, melahirkan anaknya pada Oktober tahun lepas di tandas awam berdekatan sungai di belakang rumahnya di Tanjung Priok, Jakarta Utara, dan terus melemaskan bayi itu sebelum membuangnya ke dalam sungai.

“Dia membuat begitu kerana khuatir anaknya terkena jangkitan HIV dan menjalani hidup yang sukar,” kata peguamnya, Albert Wirya dari Perkumpulan Lembaga Bantuan Hukum Masyarakat (LBH).

Mahkamah mendakwa LM telah menyalahi Perkara 341 Kanun Jenayah berkaitan dengan pembunuhan anak dan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara selama tujuh tahun.

Pihak pendakwaraya meminta agar LM dikenakan hukuman selama lima tahun atas sebab tertentu.

“Kami mendapati undang-undang untuk menyabitkan LM adalah tepat, tetapi tidak menghormati keputusannya (membunuh bayi itu).

"Hasil siasatan ke atasnya adalah benar dan adil, tetapi saya kesal kerana polis tidak menangkap suaminya yang juga bersalah kerana melakukan penderaan,” kata Albert.

LM telah dijangkiti HIV oleh suaminya, Albert mengesahkan. - The Jakarta Post/ Asia News Network

Tags / Kata Kunci: HIV , Bunuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan