Tren Umpama Hotel Lima Bintang

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 12:29 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Hanya beberapa penumpang terpilih menaiki tren mewah terbaru dari Stesen Osaka pada Sabtu dengan bayaran mencecah ratusan ribu yen.

Segala-galanya untuk merasai pengalaman mengharungi perjalanan  kembali ke era seni bina Art Deco dan menikmati kehidupan dalam pengangkutan yang bergerak perlahan.

Ekspres Twilight Ekspres Mizukaze bergerak dari Osaka bersama 30  penumpang ke pulau-pulau utama Jepun.

Tren 10-koc itu, mempunyai 16 bilik itu menuju ke Shimonoseki di Wilayah Yamaguchi, menawarkan pelancongan selama satu atau dua malam. Penumpang boleh turun dari tren dan melawat kawasan pelancongan.

Syarikat itu berkata, sebanyak 2,022 tempahan diterima untuk 368 bilik yang disediakan pada 17 Jun hingga September ini.

Lawatan untuk satu malam dengan satu bilik untuk dua orang bernilai 270,000 yen (RM10411). Harga untuk bilik suite bermula dari 750,000 yen (RM28919).

Satu pasangan menempah bilik suite terbaik di dalam train, dengan membayar 2.4 million yen (RM92,542) untuk dua malam, tiga hari perjalanan pergi balik yang melalui panorama kehijauan sawah padi, pantai, lereng gunung dan kuil lama.

Harga itu sangat berbaloi kerana memberi pengalaman seolah-olah duduk di hotel lima bintang, termasuk bilik air berlantaikan marmar dengan tab mandi, makanan disediakan oleh chef gourmet, dan bilik rehat yang mewah, di mana anda boleh menikmati koktail sambil melihat pemandangan yang menarik melalui jendela.

“Saya sangat teruja kerana mendapat tempat di tren ini,” kata Ayaka kobayashi, yang melancong di dalam Mizukage dengan suaminya, beritahu agensi berita Jiji Press. “Saya mahu menikmati masa dan tempat yang istimewa ini.”

Mizukage, yang bermaksud ‘angin segar’ dalam bahasa Jepun, adalah tren terbaru yang mewah ditawarkan di Jepun, yang mempunyai rangkaian kereta api yang besar di kebanyakan negeri.

Tren itu memberi penghormatan pada kereta sleeper yang dahulunya banyak sebelum diganti oleh Shinkanset bullet train dengan kelajuan 320 kilometer per jam.

“Banyak perkara yang perlu dikorbankan demi melahirkan tren-tren baru, kata wartawan gambar dan pakar tren Kageri Kurihara selepas melawat The Mizukage.

“Syarikat-syarikat tren cuba untuk menunjukkan apa yang boleh mereka lakukan tanpa sebarang kekangan. Anda mungkin mengatakan tren sleeper sempit dan tidak selesa tetapi landasan kereta api itu seolah-olah mengatakan ‘lihat apa yang kami tawarkan’!”

“Warga Jepun sangat sukakan tren dan anda akan teruja  dengan pilihan-pilihan yang hebat,” tambahnya.

Pada bulan lepas, Shiki-Shima meninggalkan Stesyen Tokyo Ueni dengan menawarkan penumpang menikmati makanan lazat, dimasak oleh chef gourmet.

Perjalanan selama empat hari di beberapa bilik yang mempunyai tab mandi sipres kayu bernilai 950,000 yen (RM36631.394) setiap kepala.

Penumpang kaya juga memainkan piano dan membuat unggun api- yang merupakan helah yang dicipta oleh stim dan cahaya cerah- ketika dalam perjalanan yang membawa mereka dari bandar utama Jepun ke utara pulau Hokkaido sebelum kembali lagi.

Shiki-Shima terpaksa meluangkan duit sebanyak 10 billion yen (RM385593616) untuk pengubahsuaian dan pembinaan ruang rehat istimewa di tempat perhentian. Tren itu telah ditempah sehingga Mac tahun hadapan.

Pada 2013, Landasan Kereta Api Kyushu memperkenalkan perkhidmatan ‘tujuh bintang’ dengan piano, bar, hidangan mewah, dan bilik suite.

Operator tren di Jepun juga menawarkan perkara yang hebat, termasuk pengangkutan dengan mandian rendaman kaki.

Tokyo bersedia untuk menjadi tuan rumah Olympic 2020, bilangan kedatangan pelancong ke Jepun memberi keuntungan kepada operator tren mewah.

“Perkara ini menjadi sebuah trend kerana ramai pelancong dari luar negara melawat Jepun, ia adalah masa yang tepat,” Kurihara berkata.

Walaupun ekonomi tidak semaju dahulu, masih ramai warga Jepun yang sanggup untuk membayar Orient Ekspres versi tempatan.

Penumpang Mizukage dan Shiki-Shima terpaksa meletakkan nama mereka ke dalam loteri dan berharap mereka dipilih.

“Pelancongan dengan tren mewah, tidak merasakan impak ekonomi yang lemah kerana terdapat orang kaya di luar sana.

“Saya harap dapat melancong di dalam tren itu sekali seumur hidup," Kurihara berkata.

Tags / Kata Kunci: JR West , Art Deco , Osaka

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan