Luang Masa 5 Tahun Cari 626 Rakan Facebook

Diterbitkan: Isnin, 19 Jun 2017 4:44 PM

SEDUTAN dokumentari "Are You Really My Friend" yang dibintangi oleh Tanja Hollander (dua dari kiri). - AGENSI

(Ubah saiz teks)

PERNAHKAH anda melihat senarai rakan di Facebook dan berfikir, ‘berapa ramai antara mereka rakan sebenar saya?’.

Tanja Hollander berfikir tentang itu dan membuat keputusan untuk melawat kesemua 626 rakannya di dalam Facebook.

Dia merekodkan pengalamannya di dalam sebuah projek selama lima tahun yang bertajuk, ‘Are You Really My Friend?’.

Semuanya bermula ketika Sambutan Tahun Baru 2010, selepas dia berbual dengan rakan di alam maya.

Wanita yang berasal dari Maine itu, mula tertanya-tanya tentang hubungannya dengan kesemua rakannya di Facebook.

Dia bertanya dirinya sendiri, adakah benar persahabatan di alam maya sama dengan rakan di dunia sebenar dan jika ‘rakan-rakannya’ hanyalah kenalannya. “Adakah saya benar-benar berkawan dengan mereka?” Hollander bertanya dirinya sendiri dan dia serta-merta membuat keputusan untuk mencari jawapan.

Rancangannya amat mudah, dia hanya perlu melawat kesemua rakannya di Facebook, luangkan masa dengan mereka, dan mengambil fotograf mereka untuk projek seni.

Hollander mengembara dua minggu setiap bulan, yang berjalan selama lima tahun, tetapi dia sempat melawat kesemua rakannya di Facebook dan merekodkan setiap pertemuan di akaun Facebook dan Instagram.

Apabila pengembaraannya berakhir pada 2016, Tanja Hollander telah melawat empat benua, 12 negara, 43 negeri di Amerika Syarikat dan telah dialu-alukan masuk ke lebih 400 rumah. Paling penting, dia telah menemui jawapan kepada persoalannya.

“Satu perkara paling penting,” beritahunya pada Upworthy.

“Tiada perbezaan di antara persahabatan di alam maya dan persahabatan di dunia sebenar. Ia hanyalah sesuatu yang kita lakukan, seperti kerja dan persahabatan.

"Terdapat beberapa orang yang saya sering jumpa berbanding sahabat di alam maya, tetapi itu tidak bermakna saya lebih rapat dengan rakan yang saya jumpa setiap hari. Media sosial hanya satu cara yang berbeza untuk berkomunikasi," katanya.

Bercakap dengan Aplus, Hollander berkata ‘Are You Really My Friend?’ membuktikan sebagai cara untuk membina hubungan rapat dengan mereka yang dikenali di laman sosial.

Mengambil gambar rakan-rakannya di dalam rumah mereka dan tinggal bersama mereka, dia merasakan pengalaman itu telah mengeratkan hubungan mereka yang mungkin tidak dapat dirasai oleh orang lain dengan rakan Facebook mereka.

“Hubungan ini bukan sekadar persahabatan, tetapi mereka adalah sebahagian daripada eksperimen sosial dan cebisan seni yang saya cipta,” kata Hollander.

 “Itu mungkin sukar untuk dijelaskan. Saya rasa terdapat persahabatan yang penting di dalam waktu-waktu kehidupan kita. Kita tidak memerlukan hierarki seperti di gred enam dahulu," ujarnya.

Projek seni yang hebat itu juga menjadi sebuah dokumentari yang dilancarkan dengan jayanya di laman web kickstarter yang melancarkan sumbangan untuk projek itu pada awal tahun ini. Ia mengandungi rakaman dan fotograf yang direkod oleh Tanja Hollander sepanjang 5 tahun mengelilingi dunia.

Dokumentari ‘Are You Really My Friend?’ telah disiarkan pada 18 Mac. - ODDITY CENTRAL

Tags / Kata Kunci: Tanja Hollander

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan