Dua Tren Bertembung Di Landasan Sama

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

INSIDEN dua tren bertembung di landasan sama di Thailand kini sedang disiasat pihak berkuasa pengangkutan kereta api negara itu.

Kejadian itu berlaku di stesyen Hua Lamphong di Bangkok pada Ahad pagi mengakibatkan tren tergelincir itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Pemangku Gabenor SRT Thanongsak Pongprasert berkata, kejadian yang berlaku pada 6.45 pagi di stesyen utama itu melibatkan tren penumpang No.285 bergerak di antara Bangkok dan Chachoengsao serta tren rapid No.78 yang beroperasi di laluan Nong Khai-Bangkok.

Tren Chacheongsao sedang bergerak dari garaj untuk mengambil penumpang, sementara tren rapid menuju ke garaj selepas menghantar kesemua penumpang.

Kedua-dua tren itu tiba-tiba berpindah ke laluan pertukaran di antara No 9 dan 10 pada masa yang sama. Mereka bertembung di laluan yang sama dan mekanisme pertukaran gagal untuk menghentikan salah satu tren itu.

Kedua-dua roda kiri tren menuju Nong Khai terkeluar dari laluan dan mengakibatkan kereta api tergelincir. Kedua-dua roda depan tren Chachongsao juga terkeluar dari landasan, kata pemangku gabenor.

Susulan kejadian itu, kedua-dua tren dikeluarkan dari laluan dan seterusnya beroperasi seperti biasa.

Narongsak berkata, insiden itu tidak mengakibatkan kecederaan kerana tren-tren itu tidak bergerak laju dan insiden itu terjadi di luar kawasan perkhidmatan awam.

Menurut media Thailand, Thanongsak berkata, kesilapan manusia yang kurang berkomunikasi, telah menyebabkan insiden itu terjadi. Siasatan mendalam telah dirangka kerana kerosakan harta negara, tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Hua Lamphong , SRT

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan