58 Maut Kebakaran Menara Grenfell - Polis

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 1:22 PM

(Ubah saiz teks)

ANGKA kematian kebakaran Menara Grenfell, London melonjak kepada 58 setakat ini, selain masih ramai yang dilaporkan hilang selepas tiga hari bangunan kediaman 24 tingkat itu musnah dalam tragedi awal pagi itu.

Keadaan bangunan yang hangus boleh menyebabkan pencarian mayat semakin sukar.

Sebanyak 16 mayat telah di bawa ke rumah mayat, dan mangsa pertama dikenalpasti sebagai pelarian Syria yang berumur 23 tahun, Mohammad Alhajali.

Ratu Elizabeth II berkata, nahas itu menyedihkan rakyat Britain, sebelum berkeras mereka menunjukkan ketabahan dalam menghadapi kesusahan.

Tetapi, kemarahan menyelubungi netizen dan mengganggu ucapan Perdana Menteri, Theresa May hingga ada yang  menyerbu ibu pejabat pihak berkuasa tempatan pada Jumaat lalu.

Mereka mahukan keadilan kepada mangsa-mangsa dan mendakwa kebakaran itu adalah kerana kelalaian pihak berkuasa dengan persoalan tentang penggunaan cladding pada bangunan tersebut pada 1974.

“Ia adalah satu perangkap dan mereka mengetahuinya,” seseorang menjerit ketika penunjuk perasaan berasak-asak di pejabat majlis daerah Kensington dan Chelsea, yang bertanggungjawab dalam menguruskan bangunan perumahan kelompok pekerja di salah satu kawasan terkaya di Britain.

Polis melaporkan pada Sabtu bahawa siasatan mereka akan melibatkan penyiasatan bangunan dan pengubahsuaian pada 2016 serta berjanji untuk membuat dakwaan jika terdapat bukti.

“Seramai 58 mangsa yang berada di Menara Grenfell pada malam itu dilaporkan hilang, oleh itu saya terpaksa melaporkan mereka mati,” kata komander polis Stuart Cundy memberitahu wartawan di tempat kejadian.

Katanya, bilangan itu akan berubah jika terdapat maklumat terbaharu.

Kawasan yang mengelilingi bangunan itu dipenuhi dengan gambar-gambar mereka yang hilang, dari warga tua hingga anak kecil.

Pihak Maghribi memaklumkan tujuh rakyat mereka terkorban di dalam tragedi itu.

May telah dikritik kerana tidak mengendahkan keadaan netizen semasa lawatannya ke tempat kejadian pada Khamis dan dicerca dengan kata-kata seperti ‘memalukan’ dan ‘pengecut’ apabila dia pulang pada Jumaat ketika polis meleraikan pergelutan.

Terdapat beberapa persoalan tentang mengapa bangunan itu tidak diletakkan pemercik kebakaran atau sistem penggera pengesan asap- termasuk penggunaan cladding yang dipersalahkan kerana membantu memarakkan api  dan menyebabkan kebakaran di bangunan-bangunan di Perancis, Emiriyah Arab Bersatu dan Australia.

Seramai 19 pesakit masih dirawat di hospital, manakala 10 pesakit berada dalam keadaan kritikal, Perkhidmatan Kesihatan Negara memaklumkan.

Ratu Elizabeth dan cucunya, Putera William melawat pusat komuniti yang diduduki oleh beberapa mangsa yang terselamat pada Jumaat lepas, serta sukarelawan yang hadir dengan sumbangan pakaian dan makanan.

Mereka bertafakur selama satu minit sebelum hari ulang tahunnya yang ke 91 di war-warkan pada Sabtu lalu.

Tags / Kata Kunci: Menara Grenfell , May

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan