Matador Maut Ditanduk Lembu

Diterbitkan: Ahad, 18 Jun 2017 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Akibat kakinya tersangkut pada pakaian, matador kelahiran Perancis, Ivan Fandino, meninggal dunia di hospital selepas ditanduk lembu jantan dalam pertandingan di barat daya Perancis.

Fandino, 36, tersungkur dalam gelanggang pertandingan selepas kakinya tersangkut dalam pakaian dan ditanduk lembu yang menembusi paru-parunya.

Beliau mengadakan persembahan di festival laga lembu di Aire-sur-l'Adour di Perancis dengan beberapa matador lain, Juan Del Alamo dan Thomas Dufau.

Fandino menang pada perlawanan terdahulu dan berjaya memotong telinga lembu itu.

Pihak berkuasa hospital enggan memberi komen tetapi sumber perubatan bebas memberitahu Fandino diserang sakit jantung dua kali dalam ambulans dan meninggal dunia di hospital. - AFP



Tags / Kata Kunci: matador , Fandino

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan