Piranha Mengganas Di Brazil

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

SEKURANG-KURANGNYA enam pengunjung sebuah resort terkemuka di Brazil cedera akibat diserang sekumpulan ikan piranha bulan ini.

Jumlah itu menambah bilangan mangsa kepada kira-kira 40 orang sejak awal tahun ini.

Susulan itu aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa termpatan supaya amaran dikeluarkan untuk memastikan pengunjung di pusat peranginan itu selamat.

Minggu lalu, seorang wanita digigit ikan itu ketika berenang di Praia de Cristo menyebabkan tumit kakinya cedera.

Wanita berusia 22 tahun itu dikejarkan ke hospital selepa trauma melihat kakinya yang berdarah.

Berdasarkan kajian, ikan piranha boleh mengesan darah pada jarak maksimum kira-kira tiga kilometer.

Resort di muara sungai Tocantins telah meletakkan set skrin  di kawasan dengan kedalaman tinggi sebagai amaran kepada pengunjung di situ.

Bagaimanapun menurut penduduk setempat, ikan yang memiliki rahang yang kukuh itu telah memakannya.

Sementara itu, pencinta alam sekitar mendakwa tindakan memusnahkan sebahagian besar kawasan semula jadi di sepanjang sungai itu menyebabkan hidupan laut itu bertindak ganas.

Selain itu, kitaran makanan yang tidak seimbang kerana penangkapan ikan melibatkan spesis lain menyebabkan ia kekurangan makanan.

Tags / Kata Kunci: piranha , Brazil

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan