Padah Bawa Singa Bersiar

Diterbitkan: Sabtu, 17 Jun 2017 10:58 AM

(Ubah saiz teks)

KARACHI: Video seorang lelaki yang membawa singa betina peliharaannya bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya yang menjadi viral menyebabkan pemilik haiwan itu dituduh mengganggu ketenteraman awam.

Dalam video yang dimuat naik orang ramai ke media sosial, singa itu dilihat di belakang kereta lelaki itu.

Polis berkata, Saqlain Javed, peniaga haiwan tempatan yang berusia 30-an ditangkap selepas penduduk membuat laporan.

Saqlain bagaimanapun memberitahu polis, dia dalam perjalanan menemui seorang veterinar serta mempunyai permit dan dokumen lengkap mengenai harimau berkenaan.

“Kami membebaskan lelaki itu dengan ikat jamin,” kata Muqadas Haider, pegawai kanan polis tempatan.

Video itu ditonton lebih sejuta kali di Facebook dengan kebanyakan pengguna menyelar sikap lelaki itu yang mereka anggap hanya mahu menunjukkan kekayaannya.- Reuters

Tags / Kata Kunci: Saqlain Javed , singa

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan