Qatar Beli F-15 Buatan AS, Trump Bidas Doha

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 11:22 AM

PESAWAT tempur F-15 milik AS.

(Ubah saiz teks)

DOHA: Dasar luar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipertikaikan selepas beliau meluluskan perjanjian penjualan pesawat pejuang kepada Qatar hanya beberapa hari selepas menuduh Doha sebagai negara penaja keganasan.

Berita penjualan 15 buah pesawat tempur F-15 dihebahkan ketika krisis diplomatik antara Qatar dan negara Teluk termasuk Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu semakin meruncing sejak minggu lalu.

Ia susulan tindakan negara Teluk berkenaan memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan Qatar atas tuduhan menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan perbalahan serantau.

Di sebalik tuduhan itu, Qatar masih menjadi sekutu kuat Washington di benua Asia Barat memandangkan kira-kira 10,000 askar AS ditempatkan di situ selain menjadi lokasi strategik operasi ketenteraan Pentagon di Syria, Iraq dan Afghanistan.

Penjualan pesawat tempur kepada Qatar bagaimanapun mencetuskan kekeliruan tentang mesej yang disampaikan oleh pentadbiran Trump apabila White House memberi kenyataan berbeza berbanding sayap ketenteraan dan diplomatik kerajaan AS.

Setiausaha Negara, Rex Tillerson menggesa agar langkah perdamaian dilaksanakan dalam krisis negara Teluk itu tetapi kenyataan Trump pada minggu lalu ternyata mengundang kejutan.

Presiden itu menggelar Qatar sebagai penaja keganasan pada tahap tertinggi dan menggesa negara tersebut agar berusaha lebih gigih menentang keganasan.

"Masa telah tiba untuk memastikan Qatar menghentikan sebarang penajaan terhadap fahamam ekstremis.

"Hentikan ajaran membunuh orang lain dan menyebarkan sentimen kebencian," katanya. - NBCNEWS

Tags / Kata Kunci: Qatar , Donald Trump

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan