Ngeri! Mata Kail Sangkut Pada Bola Mata

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

MADRID: Seorang pemancing mengalami detik-detik mengerikan apabila matanya dicucuk sebentuk mata kail.

Kejadian itu yang berlaku di Sepanyol baru-baru ini dirakamkan oleh pasukan perubahan sebuah hospital yang menunjukkan detik-detik mata kail berkenaan dikeluarkan.

Dalam rakaman itu, pakar perubatan menitikkan cecair ke dalam mata sebagai persediaan untuk membuang mata kail itu.

Logam nipis telah dimasukkan ke dalam selaput bola mata untuk menggerakkan mata kail itu.

Doktor kemudian menggunakan penyepit untuk memegang mata kail dan perlahan-lahan mengeluarkannya.

Kemudian, mereka menggunakan perkakas lain untuk menempatkan semula iris ke tempat asalnya.

Jarum nipis dan benang digunakan untuk menjahit bahagian yang terkoyak di tempat mata kail itu masuk.

Jahitan kecil dapat dilihat di hujung iris hijau milik lelaki itu di bahagian matanya dirawat.

Difahamkan, luka berkenaan tidak menjejaskan penglihatan lelaki berkenaan.

Identiti dan lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan. - MAIL ONLINE

Tags / Kata Kunci: Mata Kail

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan