iPhone 7s Plus Kalis Air, Pengecas Tanpa Wayar - Winstron

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 2:55 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT teknologi terkemuka, Apple Inc. dilapor bakal mengeluarkan model terbaharu iPhone iaitu iPhone 7s Plus dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan ciri yang lebih mengagumkan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh rakan perniagaan Apple, Winstron menerusi Ketua Eksekutifnya, Robert Hwang yang memaklumkan bahawa iPhone 7s Plus akan dilengkapi ciri pengecas tanpa wayar dan kalis air.

Model terbaharu itu dijangka dikeluarkan pada bulan September selepas Hwang mengeluarkan kenyataan yang dianggap melanggar protokol rahsia syarikat tentang telefon pintar itu.

"Proses pemasangan generasi iPhone sebelum ini tidak banyak berubah melainkan ciri baharu seperti kalis air dan pengecas tanpa wayar yang akan diuji," kata beliau seperti dilaporkan portal Nikkei.

Pengecas tanpa wayar itu dipercayai memerlukan telefon pintar diletakkan pada tapak pengecas.

Apple dijangka mengeluarkan tiga model baharu iPhone pada September ini termasuk iPhone 8 yang memiliki reka bentuk paparan skrin melengkung, sama seperti model Samsung.

Tags / Kata Kunci: Apple , iPhone 7s

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan