Tragedi Grenfell: Sahur Buat Penduduk Islam Jadi Wira

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 3:36 PM

ASAP tebal akibat kebakaran di Grenfell Tower pada 14 Jun 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penduduk Islam yang bangkit bersahur awal pagi, diangkat sebagai wira selepas menyelamatkan banyak nyawa dalam kejadian kebakaran Grenfell Tower di London pada pagi Rabu.

Media British melaporkan penduduk Islam yang menetap di kediaman setinggi 24 tingkat itu antara yang pertama menyedari tentang kebakaran terbabit dan segera memberi amaran dengan mengetuk pintu jiran-jirannya.

Kebakaran yang telah meragut nyawa seramai 12 orang setakat ini, merebak secara dengan pantas ketika ramai penghuni sedang tidur, diburukkan lagi apabila penggera kebakaran yang tidak berbunyi menyebabkan ramai yang tidak menyedari kejadian itu.

Namun, beberapa penghuni Muslim, yang telah bangun untuk memulakan ibadah puasa mereka telah mengambil tindakan pantas memberi amaran apabila mereka terhidu bau asap.

Salah seorang dari mereka adalah Khalid Suleman Ahmad, 20, yang memberitahu HuffPost UK bahawa dia sedang menunggu waktu sahur ketika melihat ke luar tingkap di aras lapan dan ternampak asap yang keluar dari aras bawah.

“Saya mengejutkan ibu saudara saya dan memakai baju sebelum bergegas mengetuk pintu jiran-jiran. Setiap rumah membukanya kecuali dua buah rumah ,” katanya.

“Seluruh koridor dipenuhi asap tebal. Saya tidak tahu kebakaran itu serius tetapi kami keluar kerana ingin selamat,” katanya sambil menambah kira-kira 20 minit kemudian seluruh rumahnya hangus dijilat api.

Beberapa laporan lain yang memetik kenyataan saksi, menyifatkan tindakan penduduk Muslim di tempat kejadian sebagai hero dan penyelamat ketika pasukan bomba berusaha untuk memadamkan api dan mengeluarkan mangsa.

Andre Barroso, 33, memberitahu The Independent bahawa Muslim memainkan peranan yang besar kerana menyelamatkan ramai orang.

“Saya melihat ramai Muslim dan mereka juga menyediakan makanan dan pakaian,” katanya.

Beberapa masjid dan pusat kebudayaan Islam juga mengalu-alukan dan membantu mereka yang cedera, sementara mereka yang beragama lain juga terlibat dalam menyumbang keperluan asas kepada penghuni Grenfell Tower.

Buat masa ini, lebih dari 50 orang telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan mengikut kadar kecederaan dan beberapa orang mangsa dilaporkan cedera parah.

Tags / Kata Kunci: Grenfell Tower

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan