Seludup Dadah Bernilai RM2 Juta Guna Kerusi Roda

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 11:14 AM

PIHAK Kastam Lapangan Terbang JF Kennedy menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam sebuah kerusi roda milik Stanley. - MAIL ONLINE

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Cubaan seorang wanita menggunakan kerusi roda untuk menyeludup masuk dadah bernilai AS$470,000 (RM2 juta) ternyata gagal selepas perbuatannya itu dihidu pihak berkuasa di Lapangan Terbang Kennedy di sini, hujung minggu lalu.

Suspek yang dinamakan sebagai Yoncela Stanley, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS), tiba di negara itu dengan menaiki penerbangan JetBlue dari pulau Carribbean pada Ahad.

Sebaik sahaja mendarat, seekor anjing pengesan dadah mengesan sesuatu pada kerusi roda yang digunakan oleh Stanley.

Kemudian seorang pegawai kastam menyedari bahagian belakang kusyen kerusi roda tersebut kelihatan mencurigakan.

Hasil siasatan lanjut menemukan enam ketulan mampat dadah jenis kokain dan dua beg yang menyimpan dadah sama dengan anggaran berat 12 kilogram.

Stanley kemudiannya ditahan dan didakwa di Mahkamah Persekutuan Brooklyn atas tuduhan cuba menyeludup dadah. - MAIL ONLINE


Tags / Kata Kunci: Dadah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan