Masjid Umpama Tokong Meriah Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 2:09 PM

Masjid yang dikenali sebagai klenteng itu, mirip tokong Cina kerana struktur bangunan, warna (merah dan kuning), dan juga tanglung yang bergantungan. Foto JP/Ganug Nugroho Adi

(Ubah saiz teks)

MASJID Al-Mahdi, sebuah masjid unik yang berdiri teguh di Armada Estate di Magelang, Jawa Tengah.

Masjid yang dikenali sebagai klenteng itu, mirip tokong Cina kerana struktur bangunan, warna (merah dan kuning), dan juga tanglung yang bergantungan.

Di bahagian dalam, ruang 290 meter persegi itu banyak menggunakan hiasan kaum Cina seperti tanglung, lampu-lampu dan tiang.

Tanglung itu dihiasi dengan Asmaul Husna yang ditulis dalam bahasa Arab.

Beberapa kaligrafi juga boleh didapati di dinding, mimbar dan karpet merah yang dijadikan sebagai sejadah.

“Masjid ini menarik perhatian ramai, ada yang datang untuk solat dan ada yang ingin mengambil gambar.

“Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan masyarakat,” kata Mahdi, pengasas masjid tersebut. 

Seorang pelawat dari Surakarta, Abdul Haris, 33, berkata, masjid itu bukan sahaja cantik, malah luar biasa.

“Umat Islam yang tinggal berdekatan masjid menerima kelainan budaya dengan hati yang terbuka,” tambah Abdul Haris.


Masjid yang boleh menampung 120 orang itu dibina oleh Kwee Giok Young, seorang lelaki berbangsa Cina yang menukar namanya kepada Mahdi apabila memeluk Islam.

Rumah Mahdi terletak di tanah yang sama, tetapi dia mendermakan tanahnya untuk pembinaan masjid pada Ogos 2016. 

Pembinaan itu siap dan digunakan sepenuhnya pada April 2017.

“Di China, semua bangunan kelihatan seperti ini termasuk klenteng, masjid dan rumah.

“Saya mahu menunjukkan bahawa Islam ada di mana-mana, termasuk China,” kata Mahdi.

Pada hari bekerja, Masjid Al-Mahdi mengendalikan pelbagai aktiviti seperti forum pengajian Islam, selawat ke atas Nabi, perbincangan agama dan kelas Al-Quran.

Menjelang Ramadan, masjid itu sibuk dengan iftar, tarawih, kuliah Subuh dan tadarus Al-Quran.

“Alhamdulillah, ramai umat Islam datang ke sini, masjid ini adalah usaha syiar kami.

“Pada mulanya, mereka datang untuk mengambil gambar, kemudian mereka akan solat dan mengaji bersama-sama,” kata Mahdi. - Jakarta Post

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan