Terima Padah Akibat Hina Islam

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki mencatat sejarah apabila dijatuhi hukuman mati kerana didakwa menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook.

Mahkamah anti keganasan memutuskan mengenakan hukuman itu bagi kes yang pertama seumpamanya di Bahawalpur, Pakistan itu.

Tertuduh, Taimoor Raza, 30, menjadi individu pertama dikenakan tindakan keras oleh kerajaan Perdana Menteri Nawaz Sharif terhadap mereka yang menghina Islam di media sosial.

Pendakwa raya di Bahawalpur, Shafiq Qureshi berkata, Taimoor didapati bersalah kerana mengeluarkan kata-kata menghina terhadap Rasulullah SAW, isteri-isteri dan sahabatnya di media sosial.

“Mahkamah anti-keganasan di Bahawalpur menjatuhi hukuman mati terhadapnya. Hukuman mati pertama dalam kes membabitkan media sosial,” kata Shafiq.

Sangat jarang bagi mahkamah anti-keganasan mendengar kes seumpama itu tetapi perbicaraan Taimoor termasuk dalam kategori ini kerana dakwaan ke atasnya yang dikaitkan dengan ucapan berbaur kebencian.

Shafiq berkata, Taimoor ditangkap selepas menulis kata-kata menghina Nabi dan ucapan berbaur kebencian menerusi telefon bimbitnya di perhentian bas di Bahawalpur, lokasi sama anggota antikeganasan menahan dan merampas telefon bimbitnya.

“Perbicaraan diadakan di penjara Bahawapur dengan pengawalan ketat,” katanya.

Bagaimanapun, kata Shafiq, tertuduh boleh merayu hukuman di Mahkamah Tinggi sebelum ke Mahkamah Agung.

Sekurang-kurangnya 67 pembunuhan berhubung tuduhan menghina Islam yang tidak dapat dibuktikan dilaporkan sejak 1990.

Tags / Kata Kunci: Facebook , Taimoor Raza

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan