Doktor Buang 13Kg Najis

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 6:20 PM

-foto Hospital Tenth People Shanghai

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Doktor telah berjaya mengeluarkan 13kg najis yang memenuhi kolon seorang lelaki.

Zhou Hai, 22, tiba di Hospital Tenth People Shanghai dengan perut kembung seperti wanita mengandung, menurut saksi.

Menurut laporan media tempatan, Hai menghadapi kesukaran untuk bernafas dan hanya mampu mengerang kesakitan.

Ujian imbasan menunjukkan begitu banyak najis tersimpan dalam ususnya.

Dalam pembedahan selama tiga jam itu, pakar bedah telah mengeluarkan sebahagian kolon Hai yang berukuran 76 sentimeter dengan berat 13 kilogram.

Hai memberitahu doktor bahawa dia mengalami masalah sembelit sejak lahir dan kerap mengambil ubat-ubatan.

Tiga hari sebelum pembedahannya dilakukan iaitu pada Khamis lalu, keadaannya menjadi semakin teruk sehingga Hai terpaksa menerima rawatan kerana sakit yang teruk di bahagian perut.

Ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa lelaki berkenaan telah menderita apabila terpaksa hidup dengan najis yang banyak di ususnya selama bertahun-tahun lamanya, menyebabkan perutnya membengkak.

Dia kemudian didapati menderita menghidap penyakit Hirschsprung, kecacatan ketika lahir yang menyebabkan hilangnya sel-sel saraf di dalam otot kolon bayi.

Ini menyebabkan usus besar tersumbat dan pembedahan untuk membuang bahagian yang berpenyakit perlu dilakukan.

Penyakit ini biasanya dikesan pada bayi dalam tempoh 48 jam selepas kelahiran, tetapi kes Hai adalah salah satu daripada beberapa kes yang jarang berlaku apabila ia hanya ditemui ketika dia sudah dewasa.

Mereka yang mempunyai penyakit ini terdedah kepada jangkitan usus dipanggil enterocolitis, yang boleh mengancam nyawa.  – The Straits Times/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: kolon , najis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan