Pencuri Tertidur Selepas Pecah Masuk Rumah

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Suspek pencuri telah ditahan selepas ditemukan sedang nyenyak tidur di katil kediaman yang dimasukinya, lapor sebuah akhbar tempatan.

Lelaki itu ditahan pemilik rumah yang terletak di Wilayah Huanggang, Hubei minggu lalu.

Chutian Metropolis Daily melaporkan, ketika disoal siasat, suspek menafikan dia seorang pencuri, sebaliknya mendakwa masuk ke rumah itu ketika pintunya terbuka dan terus tidur di katil kediaman petani itu.

Bagaimanapun, kata polis, suspek disyaki memasuki rumah itu, bagaimanapun gagal menemui sebarang wang tunai atau barangan berharga.

Kata polis lagi, akibat lapar dan kepenatan, lelaki itu  tertidur di katil rumah berkenaan.

Dakwa suspek, dia keluar dari rumahnya selepas bertengkar dengan ahli keluarganya pada Februari lalu dan sejak itu mencuri makanan dan barangan lain untuk meneruskan kehidupan.

Katanya lagi, dia masih memakai pakaian musim sejuk walaupun ketika musim panas.

Sementara itu, kata keluarga petani itu, suspek sedang tidur ketika mereka pulang ke rumah.

Lelaki itu cuba melarikan diri tetapi petani berkenaan telah menutup pintu dan mendapatkan bantuan jiran.

Laporan itu juga menyebut, pihak polis masih menyiasat kes berkenaan. - South China Morning Post

Tags / Kata Kunci: Hubei

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan