Iran Hantar Bekalan Ke Qatar

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 3:24 PM

BEKALAN makanan di Qatar dikhuatiri tidak mencukupi susulan ketegangan diplomatik di negara serantau. - AFP

(Ubah saiz teks)

TEHERAN: Iran menghantar empat pesawat kargo yang membawa bekalan makanan ke Qatar dan merancang untuk membekalkan 100 tan sayuran serta buahan pada setiap hari ekoran kebimbangan kekurangan bekalan makanan.

Qatar berunding dengan Iran dan Turki untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman selepas Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir, dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan menuduh Doha menyokong aktiviti keganasan.

Bagaimanapun, Qatar menafikan semua dakwaan tersebut.

Ketua perhubungan awam penerbangan Iran, Shahrokh Noushabadi berkata, susulan sekatan ke atas Iran, Syarikat penerbangan IranAir menghantar bekalan sayuran dan buahan menerusi empat pesawat.

Sementara itu, ketua pertubuhan perdagangan, perniagaan dan industri, Ali Hemmati  berkata, pihaknya akan mengeksport 100 tan buah-buahan dan sayuran ke Qatar pada setiap hari.

Seorang diplomat di Doha berkata, tiga pesawat kargo dari Iran mendarat di Qatar pada setiap hari membawa bekalan makanan.

Selan itu, sejumlah bot kecil juga membawa produk makanan kepada penduduk tempatan.

"Berpuluh-puluh syarikat Iran sedia membantu Qatar jika mereka memerlukan bekalan asas," katanya. - REUTERS


Tags / Kata Kunci: Qatar , Iran

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan