Ancaman Bom: Pesawat EasyJet Mendarat Cemas

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 4:40 PM

Beberapa penumpang EasyJet terdengar sesuatu berkaitan bahan letupan. Foto PA

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat EasyJet dalam penerbangan ke London terpaksa membuat pendaratan cemas selepas para penumpang melaporkan satu perbualan termasuk membabitkan 'bahan letupan', kata polis.

Kesemua 151 penumpang yang menaiki penerbangan dari Ljubljana, Slovenia dipindahkan keluar dari pesawat selepas juruterbang membuat keputusan untuk membuat pendaratan di lapangan terbang Cologne-Bonn di Jerman pada kira-kira pukul 5 petang Sabtu.

Tiga lelaki ditahan selepas setiap penumpang yang meninggalkan pesawat itu menjalani pemeriksaan keselamatan.

Seorang polis Cologne dalam satu kenyataan berkata: "Sebahagian penumpang memaklumkan mengenai beberapa lelaki terbabit semasa dalam penerbangan.

"Menurut beberapa saksi, mereka menjadi subjek kepada bahan pengganas.

"Kapten memutuskan untuk melakukan pemindahan di Cologne pada kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan).

"Tiga suspek ditahan. Pegawai polis persekutuan mengenal pasti terdapat satu beg balas di bahagian penumpang adalah kepunyaan mereka.

"Ia diperiksa di luar pesawat dan dimusnahkan dalam keadaan yang terkawal."

Menurut kenyataan polis lagi, ketiga-tiga lelaki tersebut disoal siasat kerana disyaki "membuat persiapan terhadap ancaman keganasan".

Seorang jurucakap EasyJet berkata: "EasyJey mengesahkan penerbangan EZY3246 dari Ljubljana ke London Stansted dilencongkan ke Cologne pada Sabtu.

Tambah jurucakap itu, setiap penumpang diberikan kemudahan penginapan untuk bermalam dan meneruskan penerbangan pada pagi Ahad.

"Keselamatan penumpang dan kru EasyJet merupakan keutamaan kami," katanya. - Mirror



iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan