'Punyalah Cantik, Ambil Gambar Pun Tak Boleh'

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 11:35 AM

(Ubah saiz teks)

TERLETAK di kawasan pergunungan Swiss Alps berdekatan pusat peranginan terkenal, Saint Moritz, kawasan Bravuogn merupakan satu perkampungan pergunungan yang paling cantik di Eropah.

Keindahan kawasan itu tidak dapat dinafikan lagi sehinggakan jika gambar kawasan kampung itu disiarkan dalam laman sosial media, pasti ramai orang akan kecewa kerana tidak dapat mengunjunginya.

Disebabkan itu, pihak berkuasa tempatan melarang pelancong mengambil gambar kawasan kampung tersebut.

Ia mungkin kedengaran kelakar tetapi sebenarnya undang-undang baharu yang diluluskan oleh majlis perbandaran Bravuogn selepas dipersetujui datuk bandar.

Keindahan kampung Bravuogn yang boleh mencetuskan rasa cemburu pada masyarakat luar. - AGENSI

Undang-undang melarang gambar kawasan indah perkampungan itu iambil bagi mengelakkan orang lain berasa cemburu dan tertekan jika melihat foto berkenaan dalam laman media sosial.

Bagi menghalang pelawat mengambil gambar di Bravuogn, pihak berkuasa meletakkan papan tanda amaran dengan denda sebanyak 5 euro jika peraturan itu dilanggar.

Menurut pihak berkuasa pelancongan Bravuogn, kawasan kampung itu sangat cantik dan pihaknya tidak mahu masyarakat luar berasa kurang gembira apabila melihat keindahan kampung tersebut.

"Ini kerana ramai orang tidak dapat mengunjungi kawasan kampung ini untuk menikmati keindahannya," jelas pihak tersebut. - ODDITY CENTRAL

Tags / Kata Kunci: Bravuogn

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan