Wanita Cemas Labah-Labah Masuk Telinga

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Saat-saat menakutkan sempat dirakamkan ketika seekor labah-labah besar merangkak keluar dari telinga seorang pesakit wanita yang mengadu sakit kepala.

Mengimbas semula kejadian itu, wanita terbabit, Lekshmi L, 49, berkata, dia pada mulanya tidur di beranda rumah dan apabila tersedar, dia merasakan sesuatu yang pelik di dalam telinga kanannya dan ianya sangat tidak selesa.

Dia cuba mencucuk telinganya dengan jari, malah menyuruh anaknya melihat dengan menggunakan lampu suluh.

Apabila dia merasakan kesakitan di dalam kepalanya, suaminya bergegas membawanya ke Hospital Columbia Asia di Hebbal, India sebelum doktor mengesahkan terdapat seekor labah-labah di dalam telinganya.

Para medik yang terkejut dengan situasi tersebut, memasukkan ‘ubat cecair’ ke dalam lubang telinganya dan merakam detik labah-labah yang besar merangkak keluar dari telinganya.

Video yang dirakam itu menunjukkan mata labah-labah berkilau di bawah cahaya lampu suluh sebelum bergerak ke hujung telinganya.

Dr. Santosh Shivaswamy, pakar perunding ENT di Hospital Columbia, yang merawat wanita itu berkata, kes benda asing masuk ke dalam telinga merupakan kes biasa yang dirawatnya.

“Tetapi, apabila serangga hidup yang masuk ke dalam telinga manusia, sukar untuk mengeluarkannya.

“Jarang dapat lihat labah-labah hidup bergerak-gerak di dalam lubang telinga manusia,' katanya.

Sementara tu, Lekshmi berkata, dia sangat takut apabila merasakan pergerakannya di dalam telinga.

“Saya tidak dapat berfikir apa-apa dan sangat takut apabila doktor mengesahkan kehadiran labah-labah di dalam telinga saya.”

Doktor memaklumkan tiada sebarang kecederaan yang terjadi pada telinganya.

Tags / Kata Kunci: Labah-Labah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan