Pakai Kostum Ikan Yu Berdarah Buat Bantahan - Berita Dunia | mStar

Pakai Kostum Ikan Yu Berdarah Buat Bantahan

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 3:47 PM

Sebahagian penunjuk perasaan memakai kostum ikan yu sebagai bantahan kepada tindakan membunuh haiwan itu. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Sekumpulan aktivis pada Sabtu memakai kostum ikan yu yang berdarah dan berhimpun di luar sebuah restoran di Hong Kong sebagai bantahan mereka terhadap jualan sup sirip ikan yu yang mengakibatkan pembunuhan haiwan itu.

Sirip yu mempunyai pasaran yang besar di bandar itu kerana ia dianggap sebagai hidangan istimewa kebanyakan orang Asia dan biasanya disajikan di restoran mahal.

Bantahan pada Sabtu itu melibatkan 30 penunjuk perasaan yang memakai kostum ikan yu dengan sebahagiannya dicat warna merah bagi menunjukkan tanda darah, sambil melaungkan bahawa 'jika pembelian dihentikan, begitu juga pembuhan'.

"Membunuh ikan yu bagi mendapatkan siripnya merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan manusia, dan tidak ramai yang tahu bangkai ikan-ikan ini dibuang kembali ke laut," kata seorang aktivis, Meara Johnson, 12.

"Bila saya tahu haiwan ini bakal menjadi spesis yang terancam, saya fikir kita perlu melakukan sesuatu," tambah Meara.

Menurut Yayasan Hidupan Liar Dunia, lebih 70 juta ikan yu dibunuh setiap tahun dan sebahagian besar dieksport ke Hong Kong dan China. - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan