Pejabat Pos Malang Tak Menang Tangan Menjelang Raya

Diterbitkan: Sabtu, 10 Jun 2017 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

PUSAT operasi Pejabat Pos Malang di Jawa Timur merekodkan peningkatan kadar kiriman wang daripada pekerja asing Indonesia kepada keluarga mereka di bandar ini.

Pada minggu pertama Ramadan, penghantaran kiriman wang yang direkodkan meliputi bandar Malang dan Batu, meningkat sehingga lebih Rp70 billion (RM22 juta), peningkatan ketara berbanding bulan-bulan lain.

Ketua Pejabat Pos Agus Aribowo berkata, kiriman wang yang diterima telah dihantar penduduk Malang yang bekerja di Hong Kong, Malaysia, Arab Saudi dan Taiwan.

Kebanyakan kiriman wang tersebut dihantar ke selatan Malang, iaitu kawasan pekerja asing mencari rezeki.

“Cawangan-cawangan pejabat pos kami telah merekodkan lima peratus kenaikan dalam kadar kiriman wang setiap hari berbanding hari-hari bekerja,” kata Agus pada hari Jumaat.

Beliau berkata, pejabat pos tersebut telah menambah bekalan tunai di setiap cawangan untuk meraih kenaikan dalam kadar kiriman wang.

Penghantaran kiriman wang melalui Western Union kekal yang tertinggi, dengan kadar sebanyak Rp2.5 bilion dalam purata harian.

“Saya ke sini untuk mendapatkan wang yang dikirim oleh anak perempuan saya, yang sedang bekerja di Hong Kong. Saya akan menggunakannya untuk memenuhi keperluan Ramadan dan Aidilfitri,” kata Katijan, 58.

Agus melaporkan bahawa bilangan bungkusan yang dihantar melalui pejabat pos juga telah meningkat dari 4,000 ke 6,000 dalam sehari.

“Penghantaran bungkusan kebanyakannya adalah dari transaksi atas talian.

“Ini menunjukkan perkhidmatan e-dagang semakin berkembang,” Agus berkata.- Jakarta Post

 

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Malang

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan