Tiada Siapa Peduli

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 12:12 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Satu rakaman mengerikan tersebar di laman sosial menunjukkan seorang wanita dilanggar sebuah teksi dan dibiarkan terbaring lebih dua minit tanpa dihiraukan oleh orang ramai.

Lebih 20 pejalan kaki tidak mempedulikan nasib wanita tersebut, sebaliknya mereka hanya berjalan melewati wanita itu sebelum sebuah kenderaan pacuan empat roda menggilis mangsa.

Wanita itu terbunuh selepas dilanggar buat kali kedua.

Video itu yang dimuatnaik oleh pengguna bernama Yuan Qicong dalam laman sosial Weibo pada 7 Jun lalu dan telah ditonton lebih 26 juta kali.

Rakaman itu pada mulannya menunjukkan wanita terbabit melintasi laluan pejalan kaki sebelum berhenti di tengah jalan ekoran banyak kenderaan enggan berhenti dan memberi laluan.

Namun dia dilanggar secara tiba-tiba oleh sebuah teksi yang tidak memberhentikan kenderaan di laluan pejalan kaki tersebut.

Kira-kira lima orang awam berdiri berdekatan mangsa dan menyaksikan kejadian itu, tetapi tiada seorang pun membantunya.

Selang seminit kemudian, lebih 20 pejalan kaki melintas tanpa menghulurkan sebarang bantuan, begitu juga dengan kenderaan yang lalu-lalang.

Wanita itu cuba mengangkat kepalanya tetapi mengalami kesukaran.

Namun nasibnya bertambah malang apabila sebuah lagi kenderaan menggilisnya dan pemandu kereta itu keluar untuk melihat mangsa.

Menurut polis, mangsa hanya dikenali sebagai Ma dan kejadian itu disahkan berlaku di Zhudamian dekat wilayah Henan pada 21 April lalu.

Dua pemandu yang melanggar mangsa sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan bakal berdepan dakwaan atas kematian wanita itu. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: China , Langgar

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan