Sembilan Militan Filipina ke Tali Gantung

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 1:21 PM

Penceroboh Lahad Datu warga Filipina dikawal ketat pegawai penjara dan polis bagi mendengar rayuan berkaitan hukuman melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis.

- Bernama

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Sembilan warga Filipina dalam kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah, yang didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lepas, dijatuhi hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang mengetuai panel tiga hakim, memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwa raya untuk menggantikan hukuman penjara sepanjang hayat kepada hukuman mati terhadap mereka.

Pada 26 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap mereka selepas didapati bersalah atas kesalahan itu pada 2013.

Mereka terdiri daripada anak saudara kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Jamalul Kiram III, Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 54; Julham Rashid, 70; Virgilio Nemar Patulada @ Mohamad Alam Patulada, 53; Salib Akhmad Emali, 64; Tani Lahad Dahi, 64; Basad H. Manuel, 42; Ismail Yasin, 77; Atik Hussin Abu Bakar, 46 dan Al Wazir Osman, 62.

Mohd Zawawi, yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim berkata, hukuman muktamad adalah kematian kerana wujud elemen-elemen praperancangan dan rancangan pencerobohan itu dilaksanakan secara teliti.

Beliau berkata, serangan oleh musuh-musuh asing tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini dan ia adalah kejam dari segi nyawa, harta benda dan kesan trauma.

Dalam insiden percerobohan bersenjata di kampung Tanduo, Lahad Datu antara 12 Feb dan 10 April, 2013, sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan itu.

Justeru, mahkamah berkenaan mengekalkan sabitan yang dikenakan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan menolak rayuan yang difailkan oleh sembilan lelaki itu.

Mahkamah tersebut turut mengekalkan keputusan pembebasan terhadap 14 lagi tertuduh yang didakwa atas kesalahan sama. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Lahad Datu , Filipina

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan