Ciri Baharu WhatsApp Yang Ditunggu-Tunggu - Berita Dunia | mStar

Ciri Baharu WhatsApp Yang Ditunggu-Tunggu

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

PERNAHKAH anda tersalah hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk memadam mesej itu?

Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana WhatsApp akan dilengkapi ciri baharu yang membolehkan anda menarik semula mesej yang telah dihantar.

Bagaimanapun mesej itu hanya boleh ditarik semula dalam tempoh lima minit.

Tidak setakat mesej, ciri baharu tersebut boleh digunakan untuk gambar, video, dokumen dan membalas status.

Ciri baharu tersebut yang dikenali sebagai Recall versi 2.17.30+’ dan kini sudah didapati dalam App Stores tetapi ciri tersebut masih belum boleh digunakan. - Metro.uk

Tags / Kata Kunci: WhatsApp
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan