Serpihan Pesawat Ditemui

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 8:24 AM

Serpihan pesawat tentera Myanmar ditemui di Laut Andaman. - Al-Jazeera

(Ubah saiz teks)

SERPIHAN pesawat tentera Myanmar yang didapati hilang bersama lebih 100 orang tentera termasuk ahli keluarga ditemui di Laut Andaman pada Rabu, kata pegawai rasmi negara itu.

Kapal dan pesawat tentera laut menjalankan usaha pencarian sejak tengahari Rabu apabila pesawat tersebut terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara.

Lebih daripada 12 kanak-kanak dipercayai terlibat dalam nahas itu, pesawat hilang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Myeik ke Yangon.

"Kini mereka menemui serpihan pesawat dalam laut pada jarak 218 kilometer (km) dari bandar Dawei," kata pegawai pelancongan Myeik, Naing Lin Zaw.

Tambahnya, pasukan tentera laut masih meneruskan usaha pencarian di kawasan tersebut.

Menurut laporan Al-Jazeera, ketua komander tentera udara Myanmar berkata, pesawat berkenaan terputus hubungan dari selatan pantai Myanpar pada pukul 1.35 petang waktu tempatan.

Tags / Kata Kunci: pesawat Myanmar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan