Adnan Khashoggi Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 10:58 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Jutawan yang terkenal dengan kehidupan serba mewah, Adnan Khashoggi, meninggal dunia di sini pada usia 82 tahun, menurut ahli keluarganya.

"Dengan rasa sedih, kami keluarga Khashoggi mengumumkan  bapa kesayangan kami Adnan Khashoggi, 82 tahun, meninggal dunia dalam keadaan tenang di London ketika menerima rawatan  penyakit Parkinson," kata keluarga itu dalam kenyataan.

Peniaga senjata Arab Saudi adalah bapa saudara kepada Dodi Fayed, bekas kekasih Puteri Diana.

Nilai kekayaannya pernah dianggarkan mencecah £2.4 bilion (RM13.2 bilion), bagaimanapun masalah kewangan menyebabkan hartanya terpaksa dijual termasuk jet peribadinya, pesawat DC9 dan kapal layar, Nabila.

Hartawan ini juga pernah terpalit kontroversi apabila dikenakan tindakan undang-undang 1997 di mana mahkamah di Paris memerintahkannya membayar denda AS$1.6 juta (RM6.8 juta) kerana kesalahan menyeludup 37 lukisan ke Perancis pada 1986.- AFP


Tags / Kata Kunci: Adnan Khashoggi , Dodi Fayed

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan