Pihak Masjid Enggan Terima Jenazah Penyerang London

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

KETUA komuniti Islam di East London tidak akan melaksanakan solat jenazah ke atas mayat penyerang yang telah ditembak mati berikutan kes serangan London Bridge malam Sabtu lalu.

Ahli-ahli jawatankuasa Masjid East London menegaskan bahawa kegiatan jenayah yang dilakukan oleh tiga penyerang terbabit iaitu Khuram Shazad Butt, Rachid Redouane, dan penyerang  ketiga adalah kelakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebanyak 130 imam dan pemimpin agama telah menyatakan bahawa mereka tidak akan melakukan solat jenazah kepada tiga orang penyrang yang dianggap pengganas tersebut meskipun solat itu sepatutnya dilakukan kepada semua umat islam, tidak mengira kesalahan yang telah dilakukan.

"Kami tidak akan melaksanakan solat jenazah dan kami juga meminta agar para imam dan majlis-majlis agama untuk turut sama tidak melaksanakannya.

“Ini kerana perbuatan yang terkutuk itu sangat dicegah dalam Islam," kata ahli jawatankuasa tersebut.

Pengerusi Masjid East London dan Pusat Islam London, Muhammad Habibur-Rahman, menggesa penduduk untuk menolak prasangka buruk, dan untuk melaporkan sekiranya berlaku kes pelampau dan Islamophobia.

“Sekali lagi kami bekerjasama untuk menolak anasir-anasir yang cuba untuk memecah belahkan kita.

“Pembunuhan yang tidak berhati perut ke atas mereka yang tidak bersalah di London pada malam sabtu lepas tidak akan berjaya memecahkan perpaduan kami.

“Saya mempunyai mesej yang jelas pada sesiapa yang terlibat dengan aktiviti keganasan.

“Anda telah menyalahi ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

“Tindakan anda akan membawa kepada kemusnahan diri, dan demi Allah, anda akan sentiasa gagal dalam misi kejahatan.

“Kami tidak akan bersama anda dalam korupsi yang menyalahi ajaran agama Islam kerana sesungguhnya, keganasan tidak mengenal erti kepercayaan dalam agama.”

Sufia Alam, pengurus Maryam Centre, berkata bahawa organisasi tersebut telah menerima laporan tentang wanita Islam yang dianiayai di dalam bas.

“Kami menggesa agar seluruh wanita Islam yang pergi ke tempat kerja dan tempat keagamaan untuk melaporkan apa sahaja jenayah yang mereka hadapi,” katanya.

Bishop Adrian Newman berkata, komuniti Krisitan di London tidak diserang oleh Islam.

“Kecenderungan untuk menyalahkan Islam atau kejiranan Islam sepatutnya ditolak dengan jelas," katanya.

Komander Mak Chishty dari Polis Metropolitan membacakan keterangan bagi pihak komuniti Islam.

Ia menyebut, serangan pengganas ini adalah serangan ke atas semua komuniti, termasuk komuniti Islam.

"Setiap kali serangan pengganas berlaku, komuniti Islam boleh menghadapi atau berpaling dari tuduhan ke atas mereka."

"Komuniti Islam bertanggungjawab untuk mencari punca keganasan berlaku sekiranya terdapat pengganas yang bersembunyi di antara mereka  dan berpura-pura sebagai orang Islam.

"Komuniti Islam sedar dan mengetahui bahawa serangan oleh tiga orang pengganas tersebut semestinya memerlukan perancangan tetapi tiada laporan yang dibuat.

"Ia adalah tanggungjawab setiap orang Islam untuk setia pada negara yang mereka duduki dan kami bertanyakan soalan- untuk memahami bahawa ekstremisme dan kebencian telah menguasai sesetengah elemen dalam komuniti kami.

"Keganasan dan ekstremisme telah menjatuhkan reputasi Islam. Umat Islam mesti membuat sesuatu untuk mengelakkan serangan seperti itu daripada berlaku lagi dan kami ingin tahu apa yang boleh kami lakukan untuk menjamin masa hadapan yang cerah," jelas kenyataan itu. - Metro.uk





Tags / Kata Kunci: London

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan