Kenali Siapa Kunoichi Iran Ini

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

LAGAK mereka tidak ubah seperti aksi dalam filem kungfu atau ninja, tetapi sebenarnya mereka merupakan 'pahlawan wanita' Iran yang memiliki kemahiran tinggi dalam seni mempertahankan diri.

Dikenali sebagai teknik Ninjutsu, kumpulan wanita terbabit mahir dalam menggunakan senjata berbahaya selain melakukan aksi akrobatik yang luar biasa ketika berlawan.


Di pusat latihan yang dibuka sejak 1989 dan beribu pejabat di istana Jughin, kira-kira 40 kilometer dari Teheran, kira-kira 4,000 wanita Iran berlatih untuk menjadi kunoichi atau ninja wanita.

Di sana, mereka akan berlatih memanjat dan melompat melepasi dinding, bersembunyi di kawasan pergunungan, selain mematahkan leher lawan tanpa sebarang bunyi.

Tenaga pengajar ninjutsu, Fatima Muamer berkata, selain memiliki seni pertahanan diri, ia juga boleh membantu mengekalkan keseimbangan antara badan dan minda.


Iran mewajibkan kerahan tentera kepada lelaki berusia 18 tahun tetapi mengehadkan tempoh latihan selama 18 bulan, sekali gus latihan kunoichi dianggap sesuai.

"Pengajaran paling penting dalam ninjutsu adalah rasa hormat dan merendah diri.

"Mereka perlu belajar menghormati diri sendiri sebelum menguasai seni pertahanan diri tersebut.

"Ketenangan juga merupakan elemen paling penting," katanya. - Mail Online



Tags / Kata Kunci: Ninja Iran

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan