MH17: Lagi Gambar Senjata BUK 332 Didedahkan

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 10:43 AM

MEKANIK tentera Rusia bergambar berlatarbelakangkan sistem pertahanan BUK 332 yang dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 pada Julai 2014. - Bellingcat

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan penyiasat bebas mendedahkan beberapa keping gambar seorang jurutera tentera Rusia bergambar dengan sistem pelancar peluru berpandu BUK yang dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine kira-kira tiga tahun lalu.

Portal Mail Online melaporkan, gambar itu dipercayai diambil pada awal 2013 oleh seorang mekanik Rusia yang bergambar bersama sistem senjata pertahanan BUK 332 tersebut.

Gambar yang disiarkan menerusi portal oleh kumpulan penyiasat Bellingcat, menunjukkan senjata itu merupakan sebahagian Brigade Peluru Berpandu Anti Pesawat ke-53 Rusia.

Jelas Bellingcat, gambar BUK 332 itu boleh dikaitkan dengan kawasan simpanan senjata berkenaan yang juga menunjukkan sebuah kotak penyimpan peluru berpandu Krug berwarna merah jambu yang pernah dilihat pada Ogos 2014.

GAMBAR mekanik berlatarbelakangkan kotak penyimpan peluru berpandu Kurag yang berwarna merah jambu. - Bellingcat.

Gambar itu dipercayai diambil di sebuah kawasan di Marshala Zhukova, dekat Kursk, Rusia.

Beberapa foto berasingan menunjukkan mekanik itu berdiri di depan sebuah kenderaan tentera lain dan pelancar misil S-300 9A85 yang diambil pada 2013.

Imej itu tersebar sejak beberapa bulan lalu selepas penyiasat antarabangsa berkata, roket yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine, dilancarkan dari kawasan pemberontak pro-Moscow dan sistem pertahanan terbabit dialihkan ke Rusia.

MEKANIK yang sama duduk di bahagian depan sistem pertahanan BUK 332. - Bellingcat.

Senjata itu dilancarkan di kawasan kampung Pervomaysk pada 17 Julai 2014, menyebabkan pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dan mengorbankan 298 penumpang serta anak kapal.

Ukraine menuduh Rusia terlibat dalam tragedi itu tetapi Moscow menafikan dakwaan berkenaan serta menyifatkan siasatan pihak antarabangsa berat sebelah dan bermotifkan politik.

Siasatan itu dilaksanakan bersama oleh kerajaan Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.


Tags / Kata Kunci: MH17

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan