Datuk 36 Cucu Duduki Ujian

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 10:21 PM

(Ubah saiz teks)

HEBRON: Seorang warga emas menduduki peperiksaan peringkat sekolah tinggi buat kali kedua selepas gagal pada tahun lalu.

Abdel-Qader Abu Ajameyah, 81, yang juga bekas jurujual dari Hebron mendedahkan dia mengulang kaji pelajaran selama lima jam setiap hari untuk lulus dalam peperiksaan tersebut.

Bapa kepada 14 anak itu tetap memberi tumpuan kepada sesi ulang kaji meskipun terdapat segelintir cucu yang cuba mengajaknya untuk bermain.

"Saya suka pendidikan. Tiada had bagi seseorang untuk belajar, ia tidak terhenti pada umur tertentu.

"Saya mahu menjadi contoh kepada generasi muda, jangan pernah berhenti untuk belajar," katanya.

Abdel-Qader menduduki peperiksaan itu di dalam bilik yang dikhaskan untuknya di sebuah sekolah tempatan.

Walaupun diserang penyakit angin ahmar baru-baru ini, ia tidak mematahkan semangatnya untuk melakukan yang terbaik.

Malah Abdel-Qader yang mengalami kesukaran untuk menulis akibat penyakit itu turut dibantu seorang wanita yang ditugaskan untuk mengisi jawapan yang dinyatakan datuk kepada 36 cucu itu.

Statistik Biro Pusat Palestin menunjukkan masalah buta huruf di kalangan rakyat negara itu berumur antara 15 tahun ke atas hanya 3.3 peratus.

Ia adalah kadar paling rendah di benua Arab.

Bukan itu sahaja, kesungguhan Abdel-Qader turut disokong keluarga terutama isterinya yang sentiasa memastikan cucu mereka tidak mengganggu proses ulang kaji suaminya itu.

Tags / Kata Kunci: Abdel-Qader Abu Ajameyah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan