Kenapa Tengah Padang Ada Pokok?

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 9:26 AM

POKOK berusia 100 tahun yang tidak ditebang di padang Sekolah Tinggi Yucai, China. - Oddity Central

(Ubah saiz teks)

PELAJAR di Sekolah Tinggi Yucai di Beijing, China perlu berhati-hati setiap kali bermain bola di padang sekolah mereka.

Ini kerana sepohon pokok berusia 100 tahun dibiarkan terus hidup di tengah-tengah padang sekolah yang diselenggara dengan baik itu.

Walaupun kedengaran pelik kerana membina padang bola sepak tanpa membuang pokok itu, pihak sekolah berkenaan sebenarnya tidak mempunyai pilihan.

Sekolah Tinggi Yucai dikelilingi pelbagai bangunan bersejarah dan kawasan terbabit merupakan satu-satunya lokasi yang sesuai dibangunkan untuk kemudahan padang bola sepak.

Sebelum padang itu dibina, pihak sekolah meminta kebenaran agar pokok yang dilabel sebagai khazanah negara kerana usianya, dipindahkan ke tempat lain.

Bagaimanapun proses pemindahan itu tidak dapat dilaksanakan kerana terlalu berisiko dan mereka meneruskan pembinaan padang di sekeliling pokok tersebut.

Menariknya, Sekolah Tinggi Yucai dibina di kawasan Taman Diraja Dinasti Qing dan Minq, dan menurut laporan Beijing News pokok itu merupakan tumbuhan paling tua di Beijing.

Bagi pelajar sekolah itu pula, mungkin mengecewakan bagi mereka kerana perlu bermain di padang yang mempunyai pokok, tetapi mereka sudah membiasakan diri dengan keadaan itu. - ODDITY CENTRAL

Tags / Kata Kunci: Padang , Pokok

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan