Tujuh Maut Serangan Di London Bridge

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 8:14 PM

Tiga suspek ditembak mati pada kejadian di Borough Market, Ahad.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Ketua Scotland Yard mendedahkan angka kematian akibat serangan pengganas di London Bridge meningkat kepada tujuh orang dan hampir 50 orang lagi dilaporkan cedera lapor.

Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Cressida Dick mengutuk kekejaman dan menggelar insiden tersebut sebagai mengerikan.

Sementara itu, Datuk Bandar London, Sadiq Khan dalam satu kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya tragedi ini dan memanggil pengganas itu sebagai pengecut.

"Kita semua terkejut dan marah dengan insiden yang berlaku hari ini. Kejadian tersebut menunjukkan pengganas itu seorang yang pengecut dan kejam serta tiada justifikasi yang boleh diberikan atas sikap jahat mereka itu.

"Namun ini adalah bandar kita dan kita sama sekali tidak akan biarkan pengecut ini menang dan juga kita tidak akan biarkan keganasan menakut-nakutkan kita," katanya.


Selain itu, meminta agar semua warga London kekal tenang dan berjaga-jaga dalam tempoh dua hari ini.

"Kepada semua rakyat London, berjaga-jagalah dan bersikap tenang untuk dua hari ini, fikiran saya terus bersama dengan mangsa dan ahli keluarga mereka serta semua yang terkesan dengan serangan itu.

"Terima kasih juga kepada semua bantuan kecemasan yang diterima semasa serangan tersebut," katanya lagi.

Pada serangan tersebut, saksi menggambarkan sebuah van dipandu laju merempuh beberapa pejalan kaki di London Bridge dan kemudian seorang lelaki bersenjatakan pisau berlari ke arah sebuah bar yang dipenuhi orang awam dan menikam pengunjung-pengunjung di situ.

Bagaimanapun, polis London telah menembak tiga orang suspek kejadian.

Tags / Kata Kunci: Serangan London

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan