Klik Daftar Masuk Jika Selamat - Facebook

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Facebook mengaktifkan ciri Safety Check (Pemeriksaan Keselamatan) beberapa jam selepas insiden serangan di London yang dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban pada Sabtu.

Kira-kira dua jam selepas kejadian disahkan berlaku, ciri tersebut mula diaktifkan bagi pengguna yang berada di sekitar kota London.

Ciri Safety Check diperkenal Facebook bagi pengguna mengesahkan mereka 'selamat' dalam insiden berkenaan dengan menekan notifikasi daftar masuk.

Langkah sama pernah dilakukan semasa serangan di Westminster Bridge, London, 21 Mac lalu dan letupan bom di konsert Ariana Grande di Manchester Arena pada 23 Mei lalu.

Kejadian terbaru di London ini berlaku kira-kira 10 minggu selepas insiden di Westminster dan dua minggu selepas insiden di Manchester.

Jaringan sosial ini mula diperkenalkan pada 2011 dan sehingga serangan di Paris pada 2015, ia hanya digunakan untuk bencana alam sahaja. Bagaimanapun, fungsinya diperluaskan susulan serangan di Nice dan Berlin.

Tags / Kata Kunci: Safety Check , London , Facebook

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan