Sekurang-Kurangnya 20 Mangsa Dikejarkan Ke Hospital

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 11:59 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perkhidmatan Ambulans London mengesahkan sekurang-kurangnya 20 orang telah dihantar ke hospital akibat serangan di pusat bandar London, malam Sabtu.

"Kami boleh mengesahkan telah membawa sekurang-kurangnya 20 mangsa ke enam hospital di seluruh London," menurut perkhidmatan itu dalam satu kenyataan.

Saksi menggambarkan sebuah van dipandu laju merempuh beberapa pejalan kaki di London Bridge dan kemudian seorang lelaki bersenjatakan pisau berlari ke arah sebuah bar yang dipenuhi orang awam.

Seorang saksi menerangkan melihat lima penyerang dan beberapa orang menyatakan bahawa mereka telah dikunci di dalam pub dan restoran oleh pihak polis dan terpaksa keluar dengan tangan di atas kepala.

Jurugambar Itali Gabriele Sciotto, yang sedang menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara di pub Wheatsheaf di Borough Market, berkata, dia melihat tiga lelaki ditembak di luar pub.

Dia mengambil gambar seorang lelaki memakai seluar askar, kepala dicukur dan memakai apa yang kelihatan seperti tali pinggang dengan kanister di badannya di atas tanah bersama dua lagi mayat di belakangnya.

Gambar-gambar turut menunjukkan kakitangan perubatan merawat mangsa serangan dan sebuah helikopter terbang di atas jambatan.

Serangan itu berlaku kurang dua minggu selepas seorang pengebom berani mati membunuh 22 orang di konsert Ariana Grande di Manchester dan beberapa hari menjelang pilihan raya 8 Jun.

Ia mengingatkan dunia kepada serangan di Westminster Bridge apabila Khalid Masood, 52 merempuh pejalan kaki sebelum merempuh halangan sekitar Parlimen dan kemudian menikam seorang pegawai polis hingga mati.

Kejadian ini adalah yang terbaru dalam rentetan serangan di Eropah, termasuk di Paris, Berlin dan Saint Petersburg.

Polis berkata, laporan pertama bahawa 'kemalangan kenderaan dengan pejalan kaki di London Bridge' dibuat pada pukul 10.08 malam dan diikuti 'laporan tikaman di Borough Market' di hujung bahagian selatan jambatan.

"Pegawai-pegawai tentera telah melepaskan tembakan," kata polis.

Tags / Kata Kunci: London Bridge

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan