Militan Indonesia Aktif Di Selatan Filipina - Berita Dunia | mStar

Militan Indonesia Aktif Di Selatan Filipina

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia mendedahkan puluhan rakyatnya telah menyertai kegiatan kumpulan militan di selatan Filipina, lapor agensi berita China, Xinhua.

Jurucakap polis Indonesia, Setyo Wasisto memaklumkan, seramai 38 warganegara itu terlibat dalam kegiatan militan di Marawi.

"Mereka terlibat dalam kegiatan pengganas di Filipina, semuanya 37 lelaki dan seorang wanita," katanya di ibu pejabat polis di sini.

Jurucakap itu menjelaskan, empat daripadannya telah terbunuh, manakala 12 yang lain telah dihantar pulang ke Indonesia.

"Kini, ada 22 lagi rakyat Indonesia yang masih aktif dengan kumpulan militan di Filipina," tambah Wasisto.

Sebelum ini, pihak berkuasa keselamatan Indonesia mendedahkan adanya jaringan antara militan di negara itu dengan kumpulan pengganas di selatan Filipina dengan membekalkan peralatan ketenteraan.

Ketika ini, kumpulan militan Negara Islam (IS) membentuk pangkalan di selatan Filipina.

Tags / Kata Kunci: IS , Marawi , Indonesia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan