Konsert Rock Di Berlin Diancam Pengganas

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 12:03 PM

Penganjur konsert, Marek Lieberberg mengumumkan pembatalan program itu dan meminta pengunjung meninggalkan kawasan berkenaan di Nuerburg, susulan ancaman pengganas yang diterima pihaknya pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Polis Jerman menghentikan sementara konsert terbuka 'Rock am Ring' berhampiran trek perlumbaan Nuerburging pada Jumaat berikutan ancaman pengganas.

"Disebabkan bahaya keganasan, kami meminta penganjur menghentikan sementara konsert sebagai langkah berjaga-jaga," kata polis di bandar Koblenz, dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Majalah Der Spiegel melaporkan, semua yang hadir diminta meninggalkan konsert berkenaan dan menuju ke kawasan perkhemahan berhampiran dalam keadaan terkawal dan teratur.

"Penganjur Rock am Ring, bekerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan, menamatkan jadual festival hari ini.

"Ia disebabkan amaran kukuh yang sukar untuk kami nafikan sebagai ancaman keganasan. Kami tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai maklumat latar belakang itu," kata polis.

Penyerang nekad mengebom konsert pop di Manchester, England pada 26 Mei lalu yang membawa kepada perubahan dalam perancangan keselamatan bagi konsert di Jerman dan bilangan pegawai keselamatan ditambah kepada 1,200, kata polis. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Berlin , Rock am Ring

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan