Kejutan Ariana Grande

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

HAMPIR dua minggu selepas insiden serangan pengebom nekad ketika konsertnya sedang berlangsung di Manchester, penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande kembali ke lokasi tragedi yang meragut 22 nyawa itu.

Ariana memutuskan untuk melakukan lawatan mengejut ke Hospital Kanak-Kanak Diraja Manchester pada Jumaat malam.

Penyanyi itu juga menyampaikan hadiah dan menandatangani autograf kepada mangsa kejadian serangan yang masih menjalani rawatan di hospital itu.

Ariana membuat kejutan ketika melawat Jaden Farrel-Mann dari Denton yang retak kedua kakinya  dan luka akibat terkena serpihan bahan letupan.

Turut gembira dan teruja ialah Evie Mills, 14 yang juga cedera teruk pada kaki dan dadanya, selain Lily Harrison, 8.

Jaden, salah seorang daripada 119 mangsa yang cedera dalam  serangan yang dilakukan Salman Abedi begitu teruja dapat bertemu idolanya.

"Saya dapat bertemu ratu saya hari ini. Sayang kamu Ariana Grande". Demikian tweet Jaden sebaik dikejutkan dengan lawatan Ariana di hospital berkenaan.

Penyanyi berusia 23 tahun itu kembali ke Manchester untuk pertunjukan amalan One Love yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu semua mangsa serangan yang cedera.

Artis lain yang akan turut sama dalam konsert itu adalah Coldplay, Justin Bieber, Katy Perry, Miley Cyrus, Little Mix, penyanyi One Direction, Niall Horan, Take That dan Usher.


Tags / Kata Kunci: Ariana Grande , Manchester

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan