Menakjubkan Selepas 28 Tahun 'Bebas Gula'

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 12:55 PM

Carolyn Hartz. -foto Sweet Life

(Ubah saiz teks)

JIKA anda pernah ragu-ragu sama ada meninggalkan gula adalah tindakan berbaloi atau sebaliknya, di sini ada satu kisah sebagai inspirasi.

Carolyn Hartz telah meninggalkan gula putih hampir 30 tahun lalu selepas 'ketagihan' manisan selama beberapa tahun.

Dan hari ini, wanita berusia 70 tahun mempunyai bentuk badan idaman ramai wanita. Semuanya kerana dia mengamalkan pemakan 'bebas gula'.

"Saya 'bebas gula' selama 28 tahun," katanya kepada Daily Mail.

"Mula-mula memang sukar sebab saya ketagihan makanan manis tetapi saya percaya ia adalah salah satu cara paling penting untuk memastikan saya sihat dan mengekalkan bentuk badan."

-foto Sweet Life

Bagaimana dia berjaya melakukannya?

"Saya memastikan saya mengambil protein dalam setiap hidangan, terutama sarapan pagi. Ia menghentikan keinginan," katanya.

Dia juga berkata adalah penting untuk tidak menahan diri daripada menikmati makanan dan minuman yang anda suka, tetapi perlu berhati-hati tentang saiz pengambilan makanan tersebut.

"Kita tahu metabolisme perlahan apabila kita semakin tua.

"Ia bermakna kita perlu mengawal dan membuat pilihan yang lebih sihat dan bekerja lebih keras.

"Saya percaya sangat penting untuk kita menyedari tentang jenis makanan dan kuantiti makanan yang kita makan. Sentiasa beringat semasa sedang makan adalah faktor yang besar."

Dia telah menggunakan pemanis yang dipanggil Xylitol, pengganti gula semula jadi, yang boleh didapati dalam buah beri dan sesetengah sayur-sayuran.

Selain tidak mengambil gula, Carolyn berkata bahawa tidur juga adalah elemen paling penting untuk kekal cergas dan sihat.

Dia tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.

Tags / Kata Kunci: gula , kesihatan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan