Makan Secara Terbuka, Empat Lelaki Dipenjara

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 11:23 AM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

TUNIS: Sebuah mahkamah di utara Tunisia pada Khamis, menjatuhkan hukuman penjara selama satu bulan terhadap empat lelaki kerana kesalahan makan secara terbuka di khalayak ramai ketika bulan Ramadan, kata seorang jurucakap mahkamah.

Jurucakap terbabit, Chokri Lahmar berkata, keempat-empat tertuduh didapati makan dan merokok di sebuah taman di khalayak ramai, perbuatan yang salah ketika bulan Ramadan".

Beliau menyatakan bahawa empat lelaki tersebut diberikan peluang selama sepuluh hari untuk menafikan tuduhan sebelum hukuman dijatuhkan.

Hukuman tersebut, yang mendapat reaksi penduduk tempatan, dilaksanakan ketika penyebaran beritan di media sosial tentang bantahan pada 11 Jun untuk melindungi hak mereka yang tidak berpuasa di bulan Ramadan.

Meskipun Tunisia digelar “penegak agama”, negeri Africa Utara itu serind berdepan kontroversi setiap tahun berikutan tiada undang-undang yang khusus tentang larangan makan di khalayak ramai ketika bulan Ramadan.

Kebanyakan restoran dan kedai makan ditutup pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, namun masih ada restoran yang beroperasi secara sembunyi.

Ketika bulan Ramadan, umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Tags / Kata Kunci: Tunisia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan