Lelaki Persenda Ramadan Dengan 'Bacon' Kena 'Troll'

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 9:31 PM

(Ubah saiz teks)

PROVOKASI yang cuba dibuat oleh pemilik Twitter, George McIntyre bertukar menjadi lawak hambar apabila postingnya mengenai Ramadan  mengundang reaksi sarkastik daripada netizen.

Melalui tweet yang dimuat naik oleh lelaki itu pada Ahad lalu, dia menulis Happy #Ramadan pada gambar dendeng daging khinzir atau bacon yang sedang digoreng di dalam kuali.

Barangkali, lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat itu ingin mempersenda penganut agama Islam dengan memuat naik gambar makanan yang haram dimakan oleh orang Muslim.

Pun begitu, netizen tampil membalas tweet lelaki berkenaan dengan menyatakan betapa terasanya mereka dengan gambar tersebut.

Pemilik Twitter, @Llausha11 menulis: "Oh tidak,  dia berjaya mengenakan saya! Temui kelemahan saya! Bukan sahaja Ramadan saya hancur, habislah saya!"

Sementara itu, Sonia pula membalas: "Kenyataan yang membuatkan kamu rasa perkara ini adalah kelakar membuatkan saya terhibur."

Sementara itu, portal berita Indy100 From Independent melaporkan, entah mengapa golongan Anti Muslim beranggapan bahawa dendeng daging khinzir boleh menjadi ancaman kepada orang Muslim.

"Orang awam bercakap mengenai perkara itu dan orang Islam seperti tidak mempunyai masalah dengan dendeng daging khinzir, mahupun bercakap mengenainya.

"Bagi mereka, ia bukan satu topik yang bersifat menyerang, cuma sudah bosan dengan usaha golongan terbabit yang mengusik dengan sesuatu yang tidak masuk akal," kata laporan itu.

Tags / Kata Kunci: Ramadan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan