Lelaki Lepaskan Tembakan Di Pusat Kasino Maut

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 8:45 AM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Seorang lelaki yang melepaskan tembakan di dalam sebuah kasino di sini dan mencetuskan kebimbangan mengenai serangan pengganas telah ditembak mati pada Jumaat, kata polis.

Menurut polis, insiden itu hanya bermotifkan rompakan.

Orang ramai bertempiran lari meninggalkan Resorts World Manila yang terletak di seberang jalan dari lapangan terbang antarabangsa di Filipina, selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah meja judi kira-kira tengah malam.

Ketua Polis Ronald dela Rosa berkata suspek menggunakan senjata jenis raifal M4 semasa kejadian.

Suspek bagaimanapun tidak mencederakan orang ramai tetapi menghilangkan diri selepas huru-hara tercetus.

Akibatnya, polis terpaksa melakukan pencarian suspek di ruang kasino, hotel dan pusat membeli-belah yang operasinya hanya berakhir selepas subuh.

"Dia sudah mati. Dia telah dibunuh oleh tentera kita," kata Dela Rosa kepada rangkaian televisyen GMA.

Polis pada mulanya mengaitkan insiden itu dengan pengganas tetapi kemudian menafikannya dan menganggap ia lebih kepada insiden rompakan.

Dela Rosa berkata suspek yang bertindak sendirian berjalan ke arah sebuah bilik perjudian dan melepaskan tembakan ke arah sebuah skrin televisyen dan mencurah minyak gasolin ke atas meja judi sebelum menyalakan api.

Katanya, suspek kemudian melepaskan semula tembakan ke sebuah bilik stor yang mengandungi cip judi dan mengisinya di dalam beg galas yang dibawa.

Suspek kemudiannya meninggalkan bilik itu dan pergi ke ruang hotel, kata Dela Rosa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Manila Oscar Albayalde berkata suspek cuba merompak cip judi bernilai kira-kira 113 juta peso (RM9 juta).

"Tiada petunjuk ia serangan pengganas," kata Albayalde.

Tags / Kata Kunci: Resorts World Manila

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan