Larangan Berpuasa Di Wilayah China

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 2:48 PM

GAMBAR fail bertarikh 6 Ogos 2008 menunjukkan penduduk Uighur berehat di Kashgar, wilayah Xinjiang. - AP

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Pihak berkuasa di wilayah China yang dihuni majoriti penduduk beragama Islam, melarang masyarakat Muslim Uighur menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan atau mereka bakal berdepan tindakan.

Satu notis rasmi kerajaan telah dikeluarkan yang menegaskan bahawa kerajaan wilayah Xinjiang melaksanakan pelbagai langkah bagi mengekalkan keharmonian sosial termasuk menyekat ibadah puasa.

"Antaranya, semua restoran diarahkan kekal dibuka sepanjang bulan Ramadan," lapor laman web World Uyghur Congress yang memetik notis “Kestabilan Keamanan Xinjiang 2017 Sepanjang Ramadan”.

Jelas laporan itu, Biro Industri dan Perdagangan Aksu yang menyelaraskan perniagaan dan lesen minuman keras, akan memperkukuhkan pelaksanaan notis tersebut dengan mengawal dan memeriksa bagi mengelakkan penduduk Islam berpuasa.

Selain itu, pihak berkuasa akan melaksanakan shift 24 jam sehari bagi memastikan ibadah puasa tidak boleh dilaksanakan.

Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan Zawa yang enggan dikenali berkata, golongan guru, penjawat awam dan pekerja di dalam sektor perkhidmatan tidak dibenarkan berpuasa di bulan Ramadan.

“Ianya dilarang sama sekali dan tindakan akan diambil sekiranya mereka didapati berpuasa,” beliau berkata.

Di daerah Hotan, pelajar akan berkumpul pada setiap Jumaat ketika penduduk Islam menunaikan solat Jumaat di masjid, untuk menonton filem propaganda dan mengadakan aktiviti sukan.

Sejak berdekad lalu, kerajaan China cuba mendapatkan sokongan agama lain untuk menyatakan taat setia kepada fahaman komunis terutamanya penduduk Uighur yang kebanyakannya beragama Islam dan tinggal di wilayah Xinjiang, barat laut China.

Wilayah itu juga bersempadan dengan Pakistan dan Afghanistan yang merupakan negara Islam. - AFP


Tags / Kata Kunci: China , Uighur

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan